Saturday, November 20, 2010

Suami No 1 dihati Isteri, isteri No. A dihati suami

Salam ikhwah dan akhawat yg dikasihi.

Penulisan ini sekadar cuit mencuit hati..

Keluhan seorang isteri, “Sudah setahun lebih saya berkahwin dan saya bahagia bersama suami. Kami belum dikurniakan anak. Saya selalu merasakan suami saya lebih menyayangi keluarganya daripada saya. Sedangkan saya pun menyayangi keluarganya seperti mana saya menyayangi keluarga saya. Kadang-kadang saya rasa saya tidak patut berfikiran begitu tetapi tingkahlakunya, percakapanya dan tindakannya sedikit sebanyak mempangaruhi pemikiran saya yang diri saya ini tidak diutamakan. Sedangkan bagi diri saya, suami saya adalah yang paling utama setiap masa dalam minda saya. Saya kecil hati terhadap suami saya ini”.

Pada pandangan saya. Jika ditanya kepada lelaki, nombor berapakah isterinya dihatinya? Kebanyakannya akan menjawab bergantung kepada keadaan dan masa. Kalau didengari oleh isteri kenyataan suaminya ini, pasti berkecil hati dan tawar hati untuk melayan suami sepenuhnya.

Mari kita lihat perbezaan minda lelaki dan wanita secara kritikal agar perbincangan kita lebih adil telus untuk di fahami.

Seorang wanita, apabila hatinya telah terpaut dengan seorang lelaki dan lelaki itu pula telah menjadi suaminya yang sah, maka segala jiwa dan raganya ditumpukan sepenuhnya mengurus dan melayani keperluan dan kehendak suaminya sahaja. Otak wanita yang "multitrekk ini" setiap masa dan ketika, pasti memikirkan keadaan suaminya. Pagi petang siang dan malam sentiasa inginkan sauminya sihat dan bahagia. Itu sebab ungkapan yang paling popular dikalangan wanita kepada suami dan inginkan suaminya sebut ungkapan yang sama kepadanya ialah "How are you?". Dan akan menutupkan perbualan dengan "Take care".

Dalam Surah An Nisa:34 tertulis ayat bermaksud..wanita yang solehah ialah yang taat (konitaatun)., Sifat taat ini adalah anugerah Allah yang sangat hebat kepada wanita. Dengan memiliki sifat inilah maka wanita mampu untuk sentiasa mengutamakan suaminya lebih dari segala-galanya. Wanita menjadi pengurus kepada seorang suami agar produktif di lapangan masing-masing. Maka minda isteri meletakkan suaminya yang pertama.

Sebaliknya seorang lelaki, mindanya tidak sama dengan wanita. Peranan lelaki yang menjadi ketua keluarga, pimpinan masyarakat dan negara telah disusunatur oleh Allah tidak mengutamakan isteri di dalam hidupnya. Malah Allah telah memberi amaran kepada seorang lelaki di dalam Surah At Taubah :

"(23) Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."

Kalau dilihat ayat di atas, nombor berapakah isteri di dalam senarai cinta seorang lelaki ialah ke 6 sahaja. (1. Allah 2. Rasulnya 3. Bapa 4. Anak 5. Saudara-saudara 6. Isteri.) Disebabkan minda lelaki ini tidak seperti wanita yang disusun seperti senarai keutamaan, kesemuanya mempunyai keutamaan dan nilai yang sama. Minda lelaki beri keutamaan mengikut keadaan dan situasi. Contoh, kalau lelaki berada di pejabat, dia mengutamakan ketuanya, jika dia di rumah ibunya, dia akan memberi keutamaan kepada ibunya, kalau dia berada di tengah laut memancing ikan, dia akan patuh kepada ketuan pasukan pancingya selama mana hiraki itu tidak dibubarkan. Kalau dia bersama-sama dengan jamaahnya, ketaatannya berpusat kepada Mas'ulnya. Kalau dia BERNIAT untuk  bersama-sama dengan isterinya, maka mindanya juga mengutamakan isterinya (itupun juga bergantung kepada beberap faktor yang lain jugalah... )

Oleh itu, teruskan mengurus suami anda sebaik-baiknya dan dengan sesempurnanya agar hatinya sentiasa meletakkan anda yang teratas apabila dia bersama anda. Dan relakan mindanya fokus kepada urusan lain apabila dia tidak bersama anda asalkan dia sentiasa berada di jalan yang benar.

Selamat mencuba.

Pak Utih
Artikel ini ditulis sebahagian daripada usaha DANA RM2Juta Bangunan SRAZ.
Jika ada sesiapa, pertubuhan, persatuan yang ingin mengundang saya memberikan ceramah atau bengkel "4 jam Harmony @ Home, Productive @ Work", "Memahami Perbezaan Suami dan Isteri Berkomunikasi" sama ada di dalam negeri atau di luar negara (Dubai [Ukhti Azlina minat ke?], UK [Ameer IKRAM UK minat ke], Australia, Riyadh, Jepun, Brunei, Indonesia, Afrika Selatan) boleh hubungi saya. Segala bayaran yang saya terima 70% dimasukkan ke Tabung Dana RM2Juta SRAZ.

Ahmad Shafiai Uda Jaafar
Pengerusi JK Pendidikan IKRAM Kedah

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

pakutih@ymail.com
http://www.pakutih.com/
Mobile: 017 7272 307  
Suami Memimpin Isteri Mengurus


No comments:

Post a Comment