Tuesday, August 17, 2010

ahlan wasahlan ya Ramadhan

assalamualaikum dan salam sejahtera.Pertama dan selamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak.Rasanya masih tidak terlewat untuk nya.Semoga di bulan ini kita akan mendapat keberkatan dan dapat membentuk jiwa dengan banyak bersabar dalam menghadapi rukun islam ketiga ini

Kesas Ipg KKB tahun ini telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan iftar jamie dan moreh bagi tahun ini di masjid Assolihin.Semoga berjaya kepada semua unit terlibat.Dan laksanakan amalan ini dengan sedaya upaya dan doakan agar semuanya akan mendapat keberkatan dari Nya.

Pada 5-7 Ogos yang lalu,Kesas telah berjaya melaksanakan Kem Waja diri .Tempat : Agro Resort Setiu.Lebih kurang 80 ahli telah mengikuti kem ini.Banyak aktiviti menarik telah dilaksanakan iaitu Rapelling,sukaneka,Jungle Trekking,River Crossing dan LDK....ternyata aktiviti ini berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan menguji ketahanan fizikal dan mental kami.Sekalung tahniah kepada Penyelaras ,Unit Perkembangan Kendiri (UPK) ,BBMCK (Briget Bakti Malaysia Cawangan Kelantan ) dan semua pihak yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam program ini.Insyallah kita akan menjadikan Kem Waja sebagai program wajib dalam kalendar dan takwim tahunan Kelab Sahabat Siswa (KeSaS)

No comments:

Post a Comment